Pengertian Fidyah Yang Sebenar

Pengertian Fidyah Yang Sebenar

Pengertian Fidyah Yang Sebenar ialah bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. – DEFINISI FIDYAH

Hukum

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya

CARA PEMBAYARAN

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Pengertian Fidyah Yang Sebenar

SOAL JAWAB FIDYAH & KAFFARAH:

  1. Bolehkah fidyah dibayar terus kepada anak yatim?
    • Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.
  2. Adakah wajib bagi seorang anak mengqada puasa bagi seorang ibu atau ayahnya yang sakit tua dan nyanyuk?
    • Tidak perlu mengqadakan puasa bagi ibu atau ayah yang uzur, namun boleh membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkannya.
  3. Bagaimanakah pengiraan bagi bayaran fidyah?
    • Bilangan hari x 1 cupak beras x tahun gandaan
  4. Berapakah kadar timbangan 1 cupak beras untuk bayaran fidyah di Negeri Kedah?
    • 1 gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg, dan satu cupak bersamaan 650gram (satu cupak dinilai bersamaan ¼ daripada 1 gantang Baghdad).
    • Harga beras bagi sukatan adalah mengikut harga pasaran semasa.Sebagai contoh, harga zakat fitrah tahun 1437H bagi satu gantang beras adalah RM7.00, Oleh itu 1 cupak (650gram) beras bagi tahun 1437H adalah RM1.75. (sumber cabutan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah 27 Julai 2015 bersamaan 11 Syawal 1436)
  5. Bagaimanakah cara membayar fidyah bagi orang tua yang tidak berupaya berpuasa dan bilakah masanya fidyah itu perlu dibayar?
    • Sekiranya tidak mampu berterusan, hendaklah membayar fidyah sebaik sahaja selepas Ramadhan berlalu. Jika sekiranya tidak berupaya ketika itu sahaja, kemudian selepas itu dia mampu melakukannya, hendaklah qadha puasa tersebut dan sekiranya melangkaui tahun hendaklah qadha dan membayar fidyah.

Sumber Rujukan: Laman Web Mufti WPKL

Sumber Rujukan: Laman Web PPZ MAIWP

  1. Helmi, T. I. (2019, November 25). IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE-155 : KADAR FIDYAH MENINGGALKAN PUASA DENGAN SENGAJA. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3831-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-155-kadar-fidyah-meninggalkan-puasa-dengan-sengaja.
  2. Fidyah. Pusat Pungutan Zakat-MAIWP. (2021, March 10). https://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/.

Pautan Berkaitan