Makna Akikah Dalam Islam

Makna Akikah Dalam Islam

  • Makna akikah dalam Islam ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 
  • Aqiqah sebagai ibadah yang telah di syariatkan oleh Allah SWT sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), di cukur dan di beri nama.” – Riwayat Abu Dawud, al-Turmizi dan Ibnu Majah.

Hukum Aqiqah

  1. Sunat Muakkad kecuali dinazarkan wajib.
  2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
  3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunat bagi dirinya (indidvidu yang berkenaan) mengaqiqahkan dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah SAW pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda SAW diangkat menjadi Rasul.
  4. Anak zina, aqaiqahnya sunat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
  5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memdai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. – Riwayat ai-Turmizi.
Makna Akikah Dalam Islam 2

Waktu Perlaksanaan Akikah

– Waktu pelaksanaan aqiqah disunnahkan pada hari ketujuh lahirnya anak sekaligus memberi nama.
– Yang melaksanakan dan membeli kambing adalah orang tua anak yakni ayah sebagai kepala rumah tangga.
– Apabila aqiqah tidak dilakukan sampai anak mencapai akil baligh, maka gugurlah kewajiban aqiqah bagi orang tua.
– Anak yang belum diaqiqahi sampai baligh boleh beraqiqah untuk dirinya sendiri dan boleh tidak melakukannya. (Lihat: “Hukmul Aqiqah” dalam kitab Fathul Qarib al-Mujib )

Hikmah Akikah

  1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata.
  2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.
  3. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.
  4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata.

Sumber Rujukan: Laman Web Mufti WPKL

  1. Umar Mukhtar Mohd Noor. (2017, November 3). AL-KAFI #633 : HUKUM AQIQAH BAGI DIRI SENDIRI. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri.

Pautan Berkaitan