Laporan Ibadah Qurban 1437 Hijrah

Assalamualaikum .

Sukacita dimaklumkan bahawa sambutan dari seluruh Negara bagi penyertaan Ibadah Qurban dan Aqiqah pada tahun ini amat menggalakkan.

Sebanyak 600 ekor ternakan lembu dan kambing qurban dan aqiqah dari keseluruhan penyertaan telah selamat dilaksanakan sempena Hari Raya Aidiladha, Ramadhan dan sepanjang tahun 1437 Hijrah yang lalu.

Alhamdulillah, semua ternakan lembu dan kambing qurban dan aqiqah telah selamat di sempurnakan dan diagihkan kepada umat Islam di negara-negara yag lebih memerlukan seperti Bangladesh, Kemboja, Selatan Thailand dan Indonesia.

Pihak Urusetia Komuniti We Love Qurban yang bertanggungjawab menguruskan program tersebut merakamkan jutaan terima kasih atas kepercayaan para peserta bagi menyertai kami dalam program yang sangat mulia ini. Kami juga bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan amanah ini dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak yang disasarkan.

Semoga kesetiaan kita membantu meringankan bebanan umat Islam melalui Ibadah Aqiqah dan Qurban ini bertrusan.

Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT menerima segala hajat yang kita pohon, amin ya rabbal’alamin

Di sini terdapat beberapa gambar yang dapat kami kongsikan sepanjang Ibadah Qurban berlaku.

.