INFO SYARIKAT

Mari kenali kami dengan lebih mendalam

Komuniti We Love Qurban berpengalaman menguruskan PROGRAM KORBAN dan AQIQAH sejak dari tahun 2007 hingga 2021 di 7 Buah Negara dengan melebihi 12,516 orang penyertaan dan manfaat kepada lebih 100,000 buah keluarga.

Komuniti WeLoveQurban
Qurban International Sdn Bhd

“Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNYA dapat kami meneruskan perkhidmatan dalam bidang pelaksanaan Ibadah Qurban dan Aqiqah sebagai solusi tuntas kepada isu umat Islam kini.

Sehingga kini, 12 ribu peserta telah menyertai Komuniti WeLoveQurban yang melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah samada secara One-Off atau berulang kali. Kami dapati kesedaran melaksanakan Ibadah ini semakin bertambah setiap tahun tetapi sasaran kami adalah memastikan Ibadah ini dapat dilaksanakan secara istiqamah setiap tahun. Qurban tahun ini adalah mensyukuri nikmat tahun lalu.

Usaha berterusan Komuniti WeLoveQurban yang berlandaskan syariat Nabi Ibrahim a.s. ini adalah bukti kecintaan kita kepada Allah SWT dalam menghidupkan syiar Islam. Platform Online yang dihasilkan adalah bagi memudahkan capaian peserta kepada Ibadah ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja diperlukan.

Perkhidmatan utama Komuniti WeLoveQurban adalah pelaksanaan Ibadah Qurban dan Aqiqah di luar negara. Perkhidmatan Waqaf Pam Air diperkenalkan pada tahun 2018 bagi merealisasikan tuntutan menyediakan bekalan air bersih kepada umat Islam memerlukan. Perkhidmatan kenduri Aqiqah dalam negara diperkenalkan pada tahun 2019 bagi memberikan pilihan kepada peserta untuk melaksanakan tuntutan Aqiqah keatas anak-anak mereka.

Akhir kata, Komuniti WeLoveQurban adalah salah satu pilihan perkhidmatan yang terdapat diluar sana. Harapan kami adalah semua peserta terus istiqamah melaksanakan Ibadah ini bagi mencapai sasaran kami menyalurkan manfaat kepada 250,000 buah keluarga menjelang tahun 2025. Semoga amalan ini menjadi ladang pahala kami dan semua peserta agar dapat menyuntik kesedaran yang akan dituai hasilnya di akhirat kelak.”

MISI

Menyediakan platform melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah yang selamat dan mudah serta memberi manfaat kepada mereka yang lebih memerlukan di Malaysia dan di seluruh dunia amnya.

VISI

Menyemai kefahaman akan keperluan melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah sebagai amalan yang dituntut dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. Mewujudkan sistem yang terbaik dari segi perkhidmatan pelanggan dan sokongan pentadbiran terbaik.

BUTIRAN SYARIKAT

CARTA ORGANISASI
QURBAN INTERNATIONAL SDN BHD

KOMUNITI WE LOVE QURBAN

Ustaz Qr. Haji Jalaluddin
Bin Hj Hassanuddin
[CHAIRMAN]

Berkelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Al Quran, University of Saddam Baghdad. Bekerjaya lebih 18 tahun dalam bidang pendidikan Al Quran. Berpengalaman menguruskan Korban Perdana lebih 13 tahun di luar Negara. Mengasaskan Progam Pendidikan Al Quran Al Baghdadi yang inovatif dan memiliki 9 buah syarikat Sdn Bhd.

Muhammad Farhan
Bin Hj Alias C.A.(M)
[Vice Chairman]

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakauanan, Universiti Teknologi Mara. Berkhidmat hampir 14 tahun dalam bidang perakaunan dan pengauditan. Pengasas bersama Green Pages Community dengan menubuhkan lebih 100 syarikat Sdn Bhd.

Norsaidah Binti Alias
[Chief Secretariat]

Berkelulusan Sarjana Pendidikan Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Kewangan Al Baghdadi Group Sdn Bhd di Kuala Lumpur dari tahun 2013 sehingga 2016. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara. Dari tahun 2017 sehingga kini pensyarah separuh masa di Open Universiti Malaysia. Kini, beliau dilantik sebagai Ketua Urusetia Qurban International Sdn Bhd.

Muhaini Binti Mahmud
[Chief Secretary]

Berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang kesetiausahaan dan sumber manusia. Pernah berkhidmat di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai Pegawai Eksekutif. Bertanggungjawab kepada urusan kesetiausahaan untuk 100 syarikat Sdn Bhd di bawah Green Pages Community dan merupakan Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pematuhan Kumpulan Al Baghdadi

TUNTUTAN

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah telaga di syurga. Maka, dirikanlah Solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada rahmat dan kebajikan).”
– Surah Al-Kauthar 118:2

Rasullullah saw mensyariatkan kepada umat Islam melakukan Aqiqah 2 ekor kambing untuk bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan.

“Tiada sedekah yang lebih besar ganjaran pahala melebihi air.”
– (Hadith Abu Hurairah Riwayat Baihaqi)

“Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
– Surah al-Baqarah, 2:184

HIKMAH PELAKSANAAN QURBAN DAN AQIQAH

SASARAN 2020 HINGGA 2025

250,00 Penerima Manfaat