korban orang sudah meninggal

Bolehkah buat korban orang sudah meninggal?

Permasalahan mengenai korban buat si mati atau korban orang sudah meninggal adalah permasalahan yang diperselisihkan oleh para fuqaha’. Di dalam permasalahan ini, terdapat beberapa pendapat untuk korban orang sudah meninggal, antaranya:

Pertama: Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah.

Ini berdasarkan sebuah hadith dari ‘Aisyah R.Anha yang mana meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih menyebutkan:

بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada aali (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad.

Riwayat Muslim (1967) dan selainnya.

Umum mengetahui bahawa dikalangan umat Muhammad SAW itu ada yang telah meninggal dunia dan Baginda SAW menjadikan sembelihannya itu untuk umatnya dan ini menjadi dalil bagi keharusan untuk melakukan korban bagi orang yang telah meninggal dunia.

korban orang sudah meninggal

Menurut Imam Khatib al-Shirbini (w. 977H) hukum berkorban bagi orang yang telah wafat adalah harus jika disertai wasiat daripada si mayyit. Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (al-Najm: 39), (Mughni al-Muhtaj: 6/138)

Bagaimanapun, Imam Khatib al-Shirbini menjelaskan, ada satu pendapat bahawa berkorban untuk orang yang telah meninggal dunia adalah harus walaupun tanpa ada wasiat kerana ia dianggap bahagian daripada sedekah.

Bersedekah atas nama orang yang meninggal adalah sah dan dapat memberi manfaat kepadanya. Misalnya, Sheikh Muhammad bin Ishaq al-Siraj al-Naysaburi salah seorang guru Imam al-Bukhari telah mengkhatamkan untuk Nabi Muhammad SAW setidaknya 10,000 khataman dan berkorban untuk baginda Nabi SAW. (Mughni al-Muhtaj: 6/138).

Yang jelas, pendapat ini masih memberi ruang untuk orang berkorban kepada keluarganya yang sudah meninggal dunia.

Perlu diingatkan, apabila seseorang berkorban untuk orang yang telah meninggal dunia kerana diberi wasiat, maka haram baginya makan daging tersebut.

Perkara ini dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami (w. 974H) di dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (4/254) bahkan beliau menjelaskan wajib untuk menyedekahkan seluruh daging tersebut.

Dengan penjelasan ini, diharap masyarakat Malaysia semakin jelas tentang sebahagian kecil hukum-hakam berkaitan korban yang dibangkitkan setiap tahun.

Sumber Rujukan: Laman Web Mufti WPKL

Sumber Rujukan: Laman Web PPZ MAIWP

  1. Noor, U. M. M. (2017, November 3). IRSYAD AL-FATWA HAJI & KORBAN SIRI 6: HUKUM MELAKUKAN KORBAN BUAT SI MATI. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1069-irsyad-al-fatwa-haji-korban-siri-6-hukum-melakukan-korban-buat-si-mati.
  2. Al-Akiti, D. A. (2021, June 21). Melakukan korban bagi yang sudah meninggal. Utusan Digital. https://www.utusan.com.my/premium/2021/06/melakukan-korban-bagi-yang-sudah-meninggal/.

Pautan Berkaitan