WeLoveQurban.com

Home (2)

Previous
Next
PERKHIDMATAN

DAFTAR BERSAMA
KAMI SEKARANG!

ADA KEMUSYKILAN
TENTANG IBADAH KORBAN?

Play
Pause

MASIH SEMPAT LAGI DAFTAR QURBAN!
SEGERA HUBUNGI: 013 633 7022

MANFAAT ISTIMEWA & MENARIK BERSAMA QURBAN INTERNATIONAL

Click H
Previous
Next

We Love Qurban
BERSAMA MEDIA

WeLoveQurban | Astro Oasis

WeLoveQurban | TV Al Hijrah

WeLoveQurban | Bismillah Ad-Duha

COUNTDOWN AIDIL ADHA 2022 | 1443H

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit
  • 00Saat

PENGUMUMAN

Pendaftaran Qurban, Aqiqah
& Wakaf Pam Air

KINI DIBUKA

Pakej yang tersedia

3 langkah mudah

Akaun Pembayaran

STATISTIK KORBAN & AQIQAH
WE LOVE QURBAN

10000
PESERTA
0
AQIQAH KAMBING
0
QURBAN LEMBU
0
QURBAN KAMBING

Qurban

1 Bahagian
ATAU
SEekor

AQIQAH

Seekor KAMBING

Waqaf
Pam Air

1 unit
atau
1 lot pam air

Pakej Kenduri
Aqiqah Kambing

RM1,950

PAKEJ A (50 PAX)

Pakej Kenduri
Aqiqah Kambing

RM3,250

PAKEJ B (100 PAX)

PEMBIMBING IBADAH
KORBAN DAN AqIqAH

PENGALAMAN KAMI

Perlaksanaan Ibadah Qurban
– 13 Tahun

0               5               10               15               20

Perlaksanaan Ibadah Aqiqah
– 13 Tahun

0               5               10               15               20

Pembayaran Fidyah
– 13 Tahun

0               5               10               15               20

Waqaf Pam Air
- 2 Tahun

0               5               10               15               20

TESTIMONI PESERTA

[sp_testimonial id=”8331″]

TESTIMONIAL

"Komuniti WLQ ada menawarkan kepada sesiapa yang ingin menjadi affiliate bagi sama-sama membantu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat akan keperluan dalam melakukan Qurban/Aqiqah."
-Sabrina-
Ejen Affiliate WLQ 2021
"Website ini banyak memberikan pendedahan mengenai Qurban. Banyak info yang saya dapat melaluinya. Sangat bagus."
-Noor Asmira-
Pegawai Swasta
"Sebelum ni punya lah susah nak buat Qurban, bila dapat tahu adanya servis WeLoveQurban ni dah senang lah saya nak buat Qurban untuk family saya.🤗"
-Latif-
Peserta WLQ 2020
"Komuniti WeLoveQurban memberikan peluang kepada saya untuk melakukan ibadah Qurban dengan harga yang berpatutan."
-Haziq-
Peserta WLQ 2019

DAFTAR
BERSAMA
KAMI SEKARANG!

ADA KEMUSYKILAN
TENTANG IBADAH KORBAN?

SOALAN LAZIM

(FAQ)

Korban buat di mana?

Seperti setiap tahun, kami menganjurkan program korban ini di beberapa negara. Berikut adalah negara-negara tersebut:
1. Bangladesh
2. Afrika
3. Indonesia
4. Kemboja
5. Mekah
6. India

Sila klik sini untuk melihat negara-negara yang dilaksanakan program ibadah korban lembu ini.

Sila klik sini untuk melihat negara-negara yang dilaksanakan program ibadah korban kambing ini.

Ada certificate lesen korban ke? Sebab banyak lembu dijangkiti penyakit,kalau ambil lembu berpenyakit, tak sah korban.

Sebenarnya tiada sebarang lesen untuk melaksanakan ibadah korban yang pernah dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Kerana, perkara ini adalah sunnah yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja umat Islam. Tidak kiralah dilaksanakan secara sendiri atau mewakilkan kepada surau dan masjid atau mana-mana badan NGO atau muassasah di Mekah.
Pihak kami akan berusaha sedaya-upaya untuk mencari wakil yang amanah untuk melaksanakan program ini di luar negara. Sekiranya lembu itu berpenyakit, ibadah korban itu tidak sah, akan tetapi hal ini akan menjadi tanggungjawab pihak yang diberikan amanah tersebut untuk melaksanakannya. Seandainya mereka bertindak sedemikian (menyediakan binatang sembelihan yang tidak sihat/cacat) maka merekalah yang akan menanggung dosanya di sisi Allah SWT. Manakala peserta sudahpun mendapat pahala berkorban.

Korban dalam negara, ada live boleh tengok ke?

Pihak Urusetua akan usahakannya, akan tapi pihak urusetua tidak dapat menjanjikan video penuh program atau video setiap peserta...insyaallah laporan pelaksanaan dan e-sijil akan diberikan.

Korban luar negara, siapa yang handle? Team WeLoveQurban sendiri ke pergi?

Untuk pelaksanaan korban di luar negara, kami akan serahkan kepada wakil bagi melaksanakan ibadah ini yang mana wakil-wakil ini telah pun bersama dengan Komuniti WeLoveQurban selama lebih 13 tahun. Bahkan, kami tidak akan menyerahkan kepada pihak yang kami tidak kenali. Kebiasaannya, memang ada wakil urusetia ke negara-negara terbabit. Namun begitu, keadaan pandemik yang masih belum reda ini tidak mengizinkan lagi untuk kita menghantar wakil ke sana.

Ada ke video korban luar negara untuk para peserta korban lihat?

Sama seperti sebelum ini, pihak urusetia tidak dapat menyediakan video bagi semua pelaksanaan dan peserta akan diberikan laporan penuh pelaksanaan dan juga e-sijil bagi ibadah korban yang dijalankan.

Kenapa ada perbezaan harga yang sangat besar luar dan dalam negara?

Semua Negara di dunia terbahagi kepada 3 kategori,

Pertama: Negara Maju, kebanyakan perbelanjaan di Negara2 maju semuanya mahal termasuk harga seekor lembu...

Kedua : Negara Membangun, Boleh dikatakan dinegara2 ini perbelanjaan sudah naik tinggi dan

Ketiga : Negara Miskin, dimana kebanyakan perbelanjaan dinegara2 miskin masih berada ditahap seperti Malaysia pada tahun 60 - 70 an ....maka usaha kami membawa Perlaksanaan Ibadah Korban di luar Negara sebenarnya telah Berjaya Membuka Ruang Seluas2nya kepada lebih ramai org dapat bersama2 menyertai ibadah Agung Korban berbanding kalau hanya dilaksanakan di Malaysia sahaja dengan harga lembu yg sudah tinggi yg ramai tidak mampu utk menyertainya...

Bilakah tarikh tutup wakaf pam air? Sekiranya pam air sudah disiapkan, bagaimanakah caranya hendak kami ketahui?

Infaq PAM Air takde tarikh tutup...dibuka sepanjang tahun...

Kita buat secara berperingkat...dah siap sijil akan dihantar kepada penyumbang...kalau ada rezeki kita bg gambar PAM Air yg ada Nama Penyumbang...

Nak tanya Pam Air Waqaf Kat negara mana?

Bangladesh saja setakat ni...

Qurban tahun ini buat di semua 6 negara ini atau hanya beberapa negara?

Kita akan melaksanakan di semua negara yang disebutkan

Daging nanti akan diagihkan ke negara mana? Boleh pilih tak negara mana yang saya nak?

Anda tidak boleh memilih negara mana yg akan diagihkan daging korban tersebut.

Ada dapat sijil tak? Dan bila boleh dapat?

Sijil akan disediakan dalam bentuk digital (format e-sijil). Kebiasaannya sijil akan dihasilkan setelah pelaksanaan serta pengagihan daging selesai & setelah kami terima laporan penuh dari wakil pelaksana di setiap negara yang terlibat. (Anggaran tempoh 3 minggu)

Ada sediakan gambar atau bukti pelaksanaan?

Anda boleh melihat gambar program secara umum di galeri laman web We Love Qurban. Untuk gambar waqaf pam air, InshaAllah akan kami usahakan untuk beri gambar bagi setiap unit pam air yang dipasang. Manakala untuk Qurban/Akikah di luar negara, kami tidak dapat menjanjikan gambar perlaksanaan bagi setiap nama peserta dek kerana jumlah penyertaan yang agak banyak.

Boleh ke saya nak buat qurban utk orang yang sudah meninggal dunia? Apa hukumnya? Sah ke?

Boleh dan sah hukumnya. Tetapi anda perlulah melafazkan wakalah untuk penama tersebut.

Siapa yang akan laksanakan Qurban di luar negara?

Kami akan melantik wakil-wakil yang terdiri daripada warga negara tersebut dan akan dikemaskini butiran mereka di laman web We Love Qurban.

Soalan Lazim Affiliate

Klik di soalan untuk melihat jawapan

Sila klik sini untuk lihat tutorial bagaimana ingin berdaftar menjadi affiliate di bawah We Love Qurban.

Program Affiliate We Love Qurban merupakan satu program yang memberi komisen kepada Affiliate yang berjaya menjual produk melalui referral yang akan berlangsung sepanjang bulan dan juga sepanjang tahun. Program Affiliate kami menggunakan konsep pay-per-sale.

Ya. Agen Affiliate bakal disediakan dengan bahan-bahan posting seperti ‘Copywriting’ dan media yang lain seperti gambar dan video, khusus melalui saluran Group Whatsapp. Ini bertujuan untuk membantu agen Affiliate menyebarkan lebih luas perkhidmatan yang kami sediakan.

Setiap penyertaan boleh dibuat melalui laman web WeLoveQurban. Video tutorial menggunakan sistem OnPay telah disediakan dan boleh dirujuk terlebih dahulu bagi kelancaran proses penyertaan.

  • Boleh. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bukan melalui laman web WeLoveQurban, anda/wakil yang membuat bayaran melalui kaedah Mesin Deposit Tunai secara terus ke akaun kami, anda/wakil perlu mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.

  • Anda mesti memasukkan emel qurbaninternational@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.

Link/Url referral akan terus diperoleh selepas mendaftar sebagai affiliate. Sila klik di sini untuk melihat tutorial tentang affiliate.

Cookie akan tamat selepas 365 hari. Pembelian melalui referral dalam tempoh 365 hari akan dikira sebagai sah dan akan direkodkan ke akaun affiliate.

Affiliate boleh dapat komisen atas pembelian yang menggunakan referral sendiri.

Ya, boleh! Sama ada anda mempunyai laman web atau tidak, anda masih boleh mempromosikan laman web WeLoveQurban dan produk-produk WeLoveQurban di media sosial, di luar talian, atau di mana sahaja menggunakan mana-mana format referral URL yang dibenarkan.

Ya, anda boleh melihat status referral yang berjaya di Affiliate Area > Referrals. Bahkan anda boleh juga melihat butiran referral yang berjaya seperti jumlah komisen, status komisen dan juga nama produk yang dibeli.

Sila hubungi Pegawai Pemasaran bagi pemakluman maklumat yang salah.